Oleh : Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Mac. - Dari segi zakat, kalau dilihatkan dikaji dari segi kecukupan mengikut KPI nya itu dari segi keperluan makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya, jumlahnya adalah sekian-sekian. Mereka itu memang kerana tidak ada pekerjaan. Tidak ada pekerjaan kerana tidak mahu kerja atau tidak mencari bekerja atau mencari pekerjaan, payah jadi buat sementara itu masuklah mereka dalam golongan asnaf fakir miskin.
“Jadi hal-hal macam 'ani' adalah cabaran, bukan sahaja kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, bahkan jua kepada kementerian-kementerian yang dalam MKIS dan badan-badan seperti Yayasan sendiri. Hal-hal macam ani menimbulkan. Sebenarnya mengenai kemiskinan ini Pehin kalau 'kan' bercerita panjang jadi kaola dapat menyebut rakan-rakan yang seusia atau lebih kurang sedikit dengan kaola untuk 'menyampati'.
“Sebenarnya kalau dikira-kira pada tahun 60-an, 70-an untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat pada masa itu, 'kan' mendapatkan orang yang susah 'kan' dibantu, pegawai-pegawainya turun ke kampung-kampung, berjumpa ketua kampung bertanya siapa di kampung 'biskita' 'ani' yang dapat bantuan-bantuan? Ialah kalau yang orang tua kebetulan atau orang yang ada berpenyakit tertentu dan sebagainya. Tetapi orang yang daif hidupnya, pendapatannya 'inda mau' tampil ke hadapan. Malu untuk menamakan dirinya sebagai fakir atau miskin malu".
Demikian antara yang diujarkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pada Sesi Kenyataan Menteri Hal Ehwal Ugama pada hari ke-13 Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, kelmarin.
“Dan bahkan keluarga sendiri, keluarga-keluarga di sekitarnya yang agak berada sedikit pun memang berasa malu. 'Jangan kamu 'inda tantu-tantu kan' memohon, memalukan'. Jadi 'ani' suatu sikap, tapi sikap ini tiba-tiba berubah, ya, kalau barangkali kajian-kajian tertentu menunjukkan perubahan itu adalah perubahan cara hidup 'kitani' di samping dengan perubahan pendapatan dan mungkin dengan hal-hal itulah.
“Tapi satu faktor yang masih kaola ingat pada tahun, sebelum tahun 2009, iaitu faktornya pada masa itu wang zakat terkumpul lebih ratusan juta Pehin, sangat banyak. Bukan tidak diagihkan tetapi penagihannya kepada orang-orang miskin bilangannya sedikit, kepada mualaf bilangannya sedikit.
“Tetapi yang terkumpul yang tidak dibelanjakan ialah fisabilillah kerana dalam asnaf zakat 'atu' lapan. 'Kitani' di Brunei cuma enam, jadi fisabilillah 'atu nda kitani' menggunakannya dan Ar-Riqab, orang yang, 'nya' orang 'kan' membebaskan dirinya daripada perhambaannya 'kitani'. Jadi jumlah-jumlah 'atu' terkumpul sekian lama di samping jumlah orang yang kira-kira daripada fakir miskin dan muallaf walaupun sedikit," tambah Yang Berhormat lagi.
Tetapi, oleh kerana masyarakat 'kitani' ada satu hajat besar, mengetahui ada orang miskin, jelas Yang Berhormat, mengetahui ada zakat yang terkumpul, dari segi hukum adalah salah, salah bagi negara, bagi kerajaan, menyimpan zakat, menahan zakat tidak dibahagikan kepada orang-orang yang ada, orang-orang yang berhak menerimanya.
Maka kerana itulah, jelas Yang Berhormat, 'kitani' ada semboyan, agihkan zakat yang ada kepada orang-orang yang berhak dan disediakan senarai-senarai yang berhak, mana yang itu, maka, dengan mengetahui ada jumlah yang sebanyak sekian-sekian, maka ramailah orang yang tampil untuk mendapat agihan zakat, sudah berubah.
“Walau bagaimanapun, tidak semua mereka itu lulus kerana penyelidikan yang mendalam berbulan-bulan telah dilakukan. Bagaimanapun mereka akhirnya luluslah, sebahagiannya yang lulus dan telah itu didaftarkan. Maka daftar itu menyatakan fakir miskin, jadi 'kitani' ada semboyan akan membebaskan Brunei daripada kemiskinan walaupun sehari dengan zakat.
“Maka pada tahun 2009, zakat telah diagihkan terus sebegitu banyak dan bukan saja fakir miskin bahkan orang yang Al-Gharimin, yang menanggung hutang tertunggak kepada agensi yang 'anulah', macamnya Al-Gharimin, Rancangan Perumahan Negara tertunggak sekian lama maka diberikan bantuan, diberikan agihan.
“Begitu juga rumah yang mereka diami di Kampung Bolkiah, Perumahan Yayasan pun juga diberikan peruntukan sekian. Kemudian diperuntukkanlah sekian, kaola masih ingat lagi untuk Al-Gharimin bagi tunggakan rumah sahaja sebanyak BND16 juta dan pada masa itu dibelanjakan tidak pun sampai ¼ kerana perkiraan awal, kalau mereka duduk di rumah yang masih sekian lama sudah tetapi tertunggak, belum terbayar, tunggakannya dibayar, 'plus' bayaran ke hadapan sehingga membebaskan dirinya daripada hutang-piutang seterusnya dan rumah itu akan menjadi miliknya. Tapi hukum, hukum tidak mengizinkan sedemikian. Apa yang Gharimin itu ialah terhutang, apa yang ia terhutang ialah yang tertunggak," jelas Yang Berhormat.
Kemudian mengenai hutangnya ke hadapan, tambah Yang Berhormat, itu akan diketahui kemudian boleh jadi nasib keluarga itu akan berubah, anaknya dapat bekerja dan sebagainya-sebagainya.
“Jadi itulah menjadikan, 'inda, apani' bahagian peruntukan BND16 juta itu tidak habis sampai sekarang Yang Berhormat Yang Di-Pertua, masih ada lagi peruntukan Al-Gharimin bagi perumahan. Kemudian ada lagi peruntukan yang diperuntukkan, untuk apa namanya tu membangun rumah, menggantikan rumah-rumah yang 'kumuh', rumah 'kumuh', rumah yang daif benar-benar. Jadi peruntukan pada masa itu, ada perkiraan-perkiraan sebuah rumah BND50 ribu," jelas Yang Berhormat.
Maka untuk menghadapkan, ujar Yang Berhormat mendapatkan sebanyak 500 buah disediakan dalam jumlah BND25 juta 'plus' rancangan-rancangan perumahan yang, rancangan-rancangan yang sedang dibuat, yang sedang berjalan. Maka ada sudah jumlah BND30 lebih juta. Jadi semuanya ini digunakan daripada tabung, daripada kumpulan zakat.
“Jadi kaola rasa, anilah perubahan yang mendadak, yang diistilahkan 'nya' orang 'floodgate', runtuh, 'floodgate'. Jadi bila runtuh 'floodgate' inilah mula orang tidak segan-segan lagi merasa kalau susah, miskin ke JAPEM, kalau susah lagi miskin ke Bahagian Baitulmal disebut mereka pada masa 'atu' Majlis Ugama Islam Brunei.
“Jadi hal-hal sedemikian itulah yang sekarang ani 'kitani' hadapi. Tapi sebenarnya, penyelidikan-penyelidikan pegawai untuk menyiasat mereka itu layak atau tidak memang menunjukkan, menunjukkan kelayakan-kelayakan untuk mereka termasuk dalam golongan yang memerlukan, setelah fakir miskin yang memerlukan perumahan, yang memerlukan sewa rumah dan sebagainya. Maka sedemikian itu terjadi Yang Berhormat Yang Di-Pertua, mengenai perkara ani," jelas Yang Berhormat.